LANGKAWI: Keindahan pantai dan alam semula jadi Langkawi bakal menjadi tarikan bagi pelancong dari Uzbekistan yang kini boleh terbang terus ke pulau ini setiap minggu. Akses perjalanan itu dipermudahkan melalui penerbangan terus yang ditawarkan Batik Air dari Tashkent, Uzbekistan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA), Padang Matsirat. Ketua Sekretariat Tahun Melawat Malaysia, Mohd. Akbal Setia berkata, promosi telah berjalan di sekitar negara Asia Tengah bagi menarik lebih ramai pelancong dari…










