SEREMBAN: Keperluan perlesenan Penginapan Kediaman Jangka Pendek (STRA) di Negeri Sembilan kini dalam proses menunggu semakan akhir Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, perkara itu seterusnya akan dikemukakan ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bagi pertimbangan dan pewartaan. “Garis panduan serta kaedah pelaksanaan yang seragam akan dikongsi dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) sebaik keputusan muktamad diperoleh bagi memastikan…










