KUALA LUMPUR: Malaysia tidak menawarkan pengeksportan unsur nadir bumi (REE) mentah sebagai timbal balas atau prasyarat dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS) selaras dengan dasar semasa negara terhadap pengurusan sumber tersebut. Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sentiasa menitikberatkan penyelarasan serta libat urus dengan Kerajaan Negeri dalam urusan pengurusan sumber mineral…










