PETALING JAYA: Pemimpin Kemboja dan Thailand mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk terus berunding bagi meredakan ketegangan yang sedang meletus di sempadan kedua-dua negara ketika ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah menghubungi rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet dan dari Thailand, Anutin Charnvirakul bagi membincangkan pergolakan antara kedua-dua negara berjiran. “Saya menghargai keterbukaan serta kesediaan kedua-dua pemimpin untuk terus berunding demi meredakan ketegangan dan mengelakkan sebarang…








