ASEAN mesti lakukan apa sahaja kekalkan keamanan serantau

ASEAN mesti lakukan apa sahaja kekalkan keamanan serantau

MOHAMAD Hasan ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) di ibu negara hari ini. - GAMBAR/FACEBOOK MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ASEAN perlu mempergiat usaha pembinaan kepercayaan antara pihak-pihak yang terbabit dalam konflik serta memastikan dialog diteruskan walaupun berdepan perbezaan yang ketara.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ASEAN mesti melakukan apa sahaja yang perlu bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau, serta menegaskan usaha menangani situasi antara Kemboja dan Thailand mesti melangkaui sekadar meredakan ketegangan. 

Beliau berkata, pendekatan ASEAN perlu dipandu oleh pengajaran daripada pengalaman lalu serta berteraskan kebijaksanaan, solidariti dan kepercayaan yang telah membolehkan rantau ini mengharungi pelbagai tempoh pergolakan.

“ASEAN mesti melakukan apa sahaja yang perlu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau. Matlamat kita bukan sekadar meredakan ketegangan.

“Kita perlu mempergiat pembinaan kepercayaan antara pihak-pihak yang berkonflik dan menyediakan ruang dialog meskipun berdepan perbezaan,” katanya memetik laporan Bernama. 

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) mengenai situasi terkini antara Thailand dan Kemboja, di sini hari ini.

Mohamad berkata, selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia amat berdukacita mengenai korban awam akibat situasi Thailand dan Kemboja,

Katanya, konflik berlarutan telah menjejaskan kehidupan penduduk serta menyumbang kepada perpindahan dalaman yang ketara.

Mesyuara Khas AMM  turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn, Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow serta Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×