MELAKA: Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas (GGK) ke-60 di Klebang bukan sekadar sebuah acara, sebaliknya membawa makna besar dalam menghargai peranan institusi itu yang menjadi tunjang kekuatan dan ketahanan kubu pertahanan negara. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, sambutan luar biasa yang dihadiri lebih 20,000 pengunjung itu membuktikan kepercayaan masyarakat terhadap keupayaan pasukan elit negara yang selama ini menjadi benteng pertahanan tanah air. “Sambutan ini dimeriahkan dengan…








