ISL rancang kebangkitan semula menjelang Olimpik 2028

ISL rancang kebangkitan semula menjelang Olimpik 2028

ADAM PEATY - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Liga Renang Antarabangsa (ISL) dijangka kembali seawal 2026 selepas berehat tiga tahun, sekali gus memberi nafas baharu kepada arena renang global berasaskan pasukan.

Pelancaran semula liga itu disasarkan bagi mengekalkan momentum menjelang Olimpik Los Angeles 2028 serta memperkenalkan model komersial lebih mampan bagi menyokong perkembangan sukan.

ISL pertama kali diperkenalkan pada 2019 bagi mengekalkan minat peminat di luar tempoh Olimpik, menerusi liga bermusim dengan kejohanan berkala.

Liga sebelum ini menampilkan bintang ternama seperti Caeleb Dressel, Adam Peaty dan Katinka Hosszu, yang berjaya menarik perhatian penonton antarabangsa.

“ISL akan kembali dan kami sangat teruja dengan prospek pelancaran semula ini,” kata Pesuruhjaya ISL, Ben Allen.

Allen menambah, pelancaran semula dijangka berlaku pada musim luruh 2026 dengan 2027 sebagai pelan sandaran sekiranya berlaku kelewatan.

Musim kemunculan semula dirancang menampilkan tujuh pertemuan merentasi Amerika Utara dan Eropah, dengan sekurang-kurangnya satu lokasi di Asia dan kemungkinan di Timur Tengah.

Amerika Syarikat kekal sebagai pasaran utama ISL dan dijangka menjadi tuan rumah beberapa acara, termasuk mengekalkan tradisi membina kolam sementara dalam arena seperti perlawanan akhir 2019 di Las Vegas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN