PETALING JAYA: Pemberian insentif khas industri bagi gula putih bertapis kepada syarikat gula tempatan adalah bersifat sementara sehingga mekanisme penetapan harga lebih wajar dapat dimuktamadkan. Kementerian Kewangan berkata, insentif khas sehingga maksimum 42,000 metrik tan sebulan itu diberikan bagi memastikan bekalan gula mencukupi di pasaran pada harga kawalan yang ditetapkan secara berterusan. Katanya, pengekalan harga gula putih bertapis pek satu kilogram (kg) pada RM2.85 turut menjadi usaha kerajaan dalam menangani…










