Impian skuad B-23 ke final lebur

Impian skuad B-23 ke final lebur

Pemain Thailand, Chanapach Buaphan (kanan) mengejar bola dari pemain Malaysia, Muhammad Haqimi Azim Rosli pada perlawanan bola Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Kebangsaan Rajamangala di sini hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Impian skuad bawah 23 (B-23) untuk mara ke final bola sepak Sukan SEA 2025 berkecai selepas tumpas 0-1 kepada tuan rumah Thailand di Stadium Nasional Rajamangala, sebentar tadi.

Thailand yang dikendalikan Thawatchai Damrong-Ongyrakul meraih gol kemenangan menerusi Yotsakon Burapha pada minit kelapan hasil sepakan percuma menarik dari jarak 25 meter.

Selepas jaringan berkenaan, Malaysia terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-15 selepas
Aiman Yusof Muhammad Nabil dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari pemain Thailand.

Pada minit ke-27, Malasyaia dihadiahkan sepakan percuma diluar kotak penalti selepas Haqimi Azim Rosli dijatuhkan namun, sepakan yang diambil Haikal Danish Haizon berjaya ditepis Sorawat Phosaman.

Biarpun beraksi dengan 10 pemain, anak buah Nafuzi Zain lebih mendominasi permainan dengan deretan peluang, namun gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Peluang keemasan Malaysia untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-32 menerusi Faris Danish Mohd Asrul, namun sekali lagi, Phosaman cemerlang menutup ruang daripada dibolosi.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0 memihak kepada tuan rumah dan berlangsung babak kedua, Nafuzi melakukan pertukaran taktikal untuk kembali mencabar Thailand.

Aksi babak kedua bertambah menarik dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan Haqimi Azim dihidang peluang terbaik pada minit ke-60, namun berjaya diselamatkan oleh Phosaman.

Pada minit ke-69, Nafuzi membawa masuk Rohisham Haiqal Hashim untuk menggantikan Haikal Danish bagi menambah ‘sengat’ jentera hadapan skuad negara untuk menekan Thailand.

Pada minit kemudian penjaga gol-75, Thailand berpeluang untuk menambah jaringan menerusi rembatan deras Thanakrit Chotmuangpak, namun berjaya diselamatkan oleh Zulhilmi.

Keputusan 1-0 kekal berpihak kepada Thailand sehingga wisel penamat dibunyikan, sekali gus menyaksikan tuan rumah akan berdepan Vietnam di pentas final pada Khamis ini.

Anak buah Nafuzi pula akan berdepan Filipina untuk penentuan pingat gangsa pada hari yang sama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN