Hajat Pearly-Thinaah ke final WTF tidak kesampaian

Hajat Pearly-Thinaah ke final WTF tidak kesampaian

Pearly Tan-M. Thinaah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hajat beregu wanita No. 2 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah untuk melakar sejarah mara ke perlawanan akhir buat kali pertama pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2025 tidak kesampaian, hari ini.

Diletakkan selaku pilihan pertama, Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kekalahan di tangan beregu Jepun No. 5 dunia, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 19-21, 13-21 dalam masa 1 jam 1 minit pada separuh akhir.

Kekalahan kali kedua berturut-turut gandingan No. 1 Malaysia itu kepada beregu yang sama, telah membuka laluan jurang rekod pertemuan kini dirapatkan kepada 3-5 oleh Fukushima-Matsumoto.

Dalam saingan peringkat kumpulan, semalam, Pearly-Thinaah tewas kepada gandingan Jepun itu 15-21, 21-16, 19-21 dalam masa 1 jam 21 minit.

Walaupun gagal ke final, kemaraan Pearly-Thinaah ke peringkat empat akhir adalah pencapaian terbaik dalam karier mereka pada WTF kerana belum ada beregu wanita Malaysia yang berjaya berbuat demikian sebelum ini.

Kini Malaysia hanya bergantung harap kepada juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang akan beraksi pada separuh akhir, petang ini untuk menjadi wakil tunggal negara ke perlawanan akhir, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN