Emas 'terkejut' poomsae berpasukan wanita

Emas ‘terkejut’ poomsae berpasukan wanita

Emas 'terkejut' daripada berpasukan poomsae wanita itu menutup cerita awal mengenai ketidakadilan penjurian yang menimpa pasangan beregu campuran poomsae negara, Jason Loo-Nur Humaira Karim pada sebelah pagi. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Skuad taekwondo negara melakar kejutan membutirkan pingat emas dalam acara poomsae berpasukan wanita pada Sukan SEA 2025 hari ini, sekali gus menjadi emas kedua Malaysia di temasya berkenaan.

Emas ‘terkejut’ daripada berpasukan poomsae wanita itu menutup cerita awal mengenai ketidakadilan penjurian yang menimpa pasangan beregu campuran poomsae negara, Jason Loo-Nur Humaira Karim pada sebelah pagi.

Jurulatih negara, Yap Yih Tiing mengakui kilauan emas itu hadir tanpa diduga memandangkan gandingan wanita yang dibarisi Wong Zin, Seah Jing Ying, Yow Mei Yee pertama kali turun di pentas temasya dwitahunan itu dan tidak diletakkan sebarang sasaran pingat emas.

Bagaimanapun, kejayaan itu hadir tepat pada masanya bagi menebus duka kontinjen taekwondo negara yang sebelum itu berdepan situasi tegang dalam acara berpasukan campuran yang menjadi sandaran utama emas.

“Kemenangan emas pasukan wanita ini adalah satu kebangkitan buat Malaysia terutama isu melibatkan gandingan Jason dan Nur Humaira di sebelah pagi ternyata memberi tekanan kepada kami terutama isu pengadilan di sini. Tetapi saya gembira kerana satu emas berjaya menjadi milik negara.

“Keputusan agak sengit dan hanya dipisahkan keputusan yang tipis. Tetapi mereka memberikan persembahan cukup baik untuk mencipta kemenangan. Walaupun baru pertama kali digandingkan, mereka tetapi memberi saingan,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan skuad negara menutup hari pertandingan dengan satu pingat emas dan dua pingat gangsa yang disumbangkan menerusi acara berpasukan lelaki dan individu lelaki.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN