Azam beri bayangan khidmat KP SPRM tidak disambung

Azam beri bayangan khidmat KP SPRM tidak disambung

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUNCAK ALAM: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memberi bayangan bahawa beliau mungkin tidak akan bersama suruhanjaya itu untuk tempoh yang lama.

Beliau berkata, kontraknya yang telah dilanjutkan sebanyak tiga kali sebelum ini menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati.

“Insya Allah, tahun depan tempoh perkhidmatan saya akan tamat, ia telah disambung tiga kali sebelum ini.

“Orang pun sudah tidak suka saya, Rafizi (Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli) pun tidak suka saya, dia kata jangan sambung Azam Baki,” katanya dalam ucapan dalam program SPRM -UiTM Inspira 2025: Hari Integriti & Kepimpinan di UiTM Cawangan Puncak Alam  di sini hari ini.

Katanya, siapa penggantinya tidak menjadi isu namun penting dapat meneruskan agenda meningkatkan integriti, mempromosikan tadbir urus baik dan menguatkuasakan undang-undang antirasuah tanpa gentar atau pilih kasih.

Media sebelum ini melaporkan, Rafizi berkata Pakatan Harapan (PH) perlu mengambil langkah segera bagi memulihkan keyakinan rakyat berkaitan isu rasuah susulan kekalahan gabungan politik itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan tidak menyambung kontrak pelantikan Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN