TAWAU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang kini kosong berikutan kematian Datuk Seri Bung Moktar Radin yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 29 November lalu. Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, perkara itu masih belum dibincangkan secara rasmi di peringkat gabungan dan ia diserahkan sepenuhnya kepada Ketua…










