PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) petang semalam bagi tujuan siasatan kes melibatkan usaha sama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, siasatan terhadap kes tersebut telah dijalankan sejak Februari lalu melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot. “Kertas siasatan dibuka berikutan aduan yang diterima pada 10 Februari 2025, dan setakat ini…










