Tang Jie-Ee Wei juara Terbuka Australia

Tang Jie-Ee Wei juara Terbuka Australia

CHEN TANG JIE-TOH EE WEI muncul juara Terbuka Australia 2025- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran No. 4 dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas mengetepikan wakil Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu pada perlawanan akhir di Sydney, Australia, hari ini.

Diletakkan sebagai pilihan pertama, Tang Jie-Ee Wei menewaskan beregu yang menghuni ranking No. 11 dunia 21-16, 21-11 dalam masa 42 minit.

Kemenangan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei semakin melebarkan rekod pertemuan ke atas Jafar-Felisha yang diletakkan sebagai pilihan kedua kepada 5-0.

Kejayaan tersebut juga menyaksikan Tang Jie-Ee Wei muncul beregu campuran pertama Malaysia yang merangkul gelaran Jelajah Dunia, tahun ini.

Kali terakhir Tang Jie-Ee Wei merangkul gelaran pada Jelajah Dunia ialah di Terbuka Korea, tahun lalu.

Selepas itu, pasangan tersebut dilanda krisis sehingga membawa perpisahan sementara pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, hubungan mereka kembali pulih, Mei lalu, apabila beraksi bersama semula pada Terbuka Singapura dan kemuncak karier Tang Jie-Ee Wei bergelar juara dunia di Paris, Ogos lepas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN