KAJANG: Sasaran negara untuk berada pada kedudukan ke-25 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dalam tempoh 10 tahun akan datang, hanya dapat dicapai menerusi penyertaan menyeluruh semua pihak. Pengarah Kanan Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Saiful Ezral Arifin berkata, usaha memperkukuh persepsi rasuah negara bukan tanggungjawab SPRM semata-mata, sebaliknya memerlukan gerakan kolektif antara kerajaan, swasta dan masyarakat. Beliau berkata, kementerian, jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat…









