GEORGE TOWN: Rapid Bus Sdn. Bhd iaitu pengendali perkhidmatan Rapid Penang On-Demand melaksanakan peralihan kepada aplikasi tempahan baharu dikenali sebagai Rapid On-Demand bermula 15 November ini bagi menggantikan aplikasi ‘Kummute’ yang digunakan sebelum ini. Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Ku Jamil Zakaria berkata, langkah itu bertujuan memudahkan pengguna membuat tempahan perjalanan dengan lebih cepat dan efisien di semua zon perkhidmatan Rapid Penang On-Demand. Katanya, peralihan aplikasi itu juga merupakan…










