PETALING JAYA: Semua rakyat Malaysia yang terkandas di hotel-hotel, Hatyai di minta bersedia di lobi hotel masing-masing bagi persediaan operasi pemindahan sementara ke tempat yang selamat oleh pihak berkuasa tempatan. Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla berkata, koordinasi antara Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dengan pihak berkuasa tempatan di Hatyai telah bermula dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Menurutnya, kerjasama rakyat Malaysia amatlah dihargai bagi memastikan urusan pemindahan berjalan dengan lancar.…










