KOTA KINABALU: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Hadi tiba di Dewan Maksak yang menjadi lokasi proses penamaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Sepanggar. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengiringi calon BN yang bertanding kerusi Karambunai dan Darau. Dalam pada itu, Abdul Hadi hadir bagi mengiringi Pesuruhjaya Pas, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan yang bertanding mewakili PN.…










