Perubahan saat akhir calon KDM 

Perubahan saat akhir calon KDM 

Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) melakukan senarai terakhir calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sekali gus memuktamadkan 40 calon keseluruhan.

Setiausaha Agung KDM, Willie Jude dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Yabri Onos telah dipilih sebagai calon parti bagi kerusi N43 Kemabong.

“Dengan pengumuman ini, jumlah keseluruhan calon yang diketengahkan KDM adalah seramai 40 orang, termasuk 39 calon yang telah diumumkan pada Khamis lalu,” katanya.

Willie turut memaklumkan terdapat pindaan terhadap pengumuman terdahulu melibatkan kerusi N18 Inanam.

“Sebelum ini, nama Datuk George Guntarik diumumkan sebagai calon di kawasan tersebut.

“Namun, kepimpinan tertinggi parti telah memutuskan bahawa calon baharu bagi N18 Inanam ialah Lewis Wong,” katanya.

Menurut Willie, perubahan berkenaan adalah sebahagian daripada strategi parti menjelang hari penentuan.

Hari Penamaan Calon PRN Sabah akan berlangsung esok, manakala hari pengundian ditetapkan pada 29 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN