Perlu bersedia disiasat jika berdepan kes salah guna kuasa

Perlu bersedia disiasat jika berdepan kes salah guna kuasa

ANWAR Ibrahim semasa sesi dewan terbuka bersama rakyat di Inanam, Sabah. - FB ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mana-mana pegawai termasuk dalam pentadbiran sekiranya terlibat dalam salah laku mesti disiasat serta berhadapan tindakan undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada kompromi terhadap sebarang salah laku atau penyalahgunaan kuasa apatah lagi melibatkan pegawai politik termasuk yang berada dalam pentadbiran sendiri.

“Saya beritahu staf saya, jika kamu terlibat, perlu berhadapan kes ini, disiasat, dibawa ke mahkamah. Itu baru betul jaga negara,” katanya ketika Program Townhall PMX Bersama Anak Muda di sini, hari ini.

Anwar berkata, pentadbiran Kerajaan Perpaduan dipandang tinggi jika integriti dan ketelusan diletakkan sebagai prinsip utama dalam pengurusan negara.

“Baru-baru ini ada kes setiausaha politik dituduh, terus berhenti. Mana ada dulu macam itu? Ada pertuduhan, terus berhenti, panggil SPRM terus siasat. Itu baru ada integriti,” katanya 

“Kalau nak cakap soal integriti, integriti apa? Dulu ada Perdana Menteri disiasat, menantu lari ke luar negara,” katanya.

Sebelum ini, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin meletak jawatan sebagai Setia­usaha Politik Kanan kepada Per­dana Menteri selepas dikatakan wujud percubaan untuk memburukkan dirinya sekali gus boleh mencemarkan imej Kerajaan Madani.

Shamsul Iskandar turut dikaitkan dengan tuduhan ra­suah oleh seorang ahli perniagaan, Albert Tei selepas tular klip video dari rakaman kamera tersebunyi yang mendedahkan perbualan dengan seorang wanita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN