PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan melibatkan kawasan-kawasan tertentu di beberapa negeri antara 24 hingga 26 November ini.
Di Kelantan, amaran hujan bahaya diramal berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sehingga Selasa, 25 November ini.
Manakala amaran buruk iaitu hujan lebat berterusan sehingga tempoh sama turut dikeluarkan di Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.
“Selain itu, turut terjejas di Hulu Perak (Perak); Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
“Hujan berterusan (waspada) pula dijangka berlaku sehingga 24 November ini di Kedah (Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak (Kerian, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim),” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, hujan berterusan juga dijangka berlaku sehingga 26 November di Gua Musang, Kelantan dan Kemaman, Terengganu. – UTUSAN










