ALOR GAJAH: Melaka perlukan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menukar baharu trek balapan Stadium Hang Jebat yang rosak teruk. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Datuk VP Shanmugam berkata, kerosakan itu menyebabkan atlet olahraga negeri tidak dapat mengadakan latihan bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) di Selangor, tahun depan. Beliau berkata, kerajaan negeri telah memohon peruntukan tersebut daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan berharap ia dapat diluluskan…










