HULU LANGAT: Penduduk yang terjejas banjir dan tinggal di lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini mula pulang bagi membersihkan rumah masing-masing hari ini. Bagaimanapun, rata-ratanya memaklumkan hanya kembali sementara ke rumah bagi tujuan tersebut sebelum memastikan keadaan benar-benar selamat untuk terus pulang. Penduduk Kampung Sungai Serai, Norsila Zulkamal, 54, berkata, anak-anak dan suaminya sudah mula mengemas, memeriksa dan membaiki barangan elektrik yang masih boleh digunakan. Katanya, kerugian…










