PETALING JAYA: Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kenya bermula hari ini dijangka memperkukuh lagi hubungan dua hala serta ekonomi antara kedua-dua negara, antaranya dalam sektor ekonomi digital dan perumahan. Memetik laporan Bernama, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya, Ruzaimi Mohamad berkata, Anwar dijangka tiba di Nairobi, ibu negara Kenya hari ini pada pukul 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia). Anwar akan diiringi oleh Menteri Pelaburan,…










