Malaysia dan India komited kukuh hubungan dua hala

Malaysia dan India komited kukuh hubungan dua hala

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan India komited dalam memperkukuh hubungan dua hala terutama di bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan dan teknologi baharu.

Perkara itu dibangkitkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya, Narendra Modi sempena Sidang Kemuncak G20 di Johannerburg, Afrika Selatan.

Beliau berkata, kedua-dua negara sedia untuk membuka lebih banyak ruang kerjasama pada masa hadapan. 

Menurutnya, kedua-dua negara akan terus berpadu tenaga mempelbagaikan bentuk kerjasama strategik, sejajar kedudukan Malaysia dan India sebagai rakan penting di rantau Asia. 

“Dengan semangat saling meyakini dan hormat, kita mampu meningkatkan potensi rantau ini sebagai medan pertumbuhan baharu, sambil memastikan hubungan kita kekal utuh dan teguh,” katanya dalam kenyataan di Facebook. 

Beliau berkata, pertukaran pandangan bersama Modi adalah satu perbincangan yang konstruktif dan bermakna.

Sementara itu, Modi berkata, India dan Malaysia akan terus bekerjasama untuk mempelbagaikan kerjasama dua hala. 

“Saya telah bertukar-tukar pandangan yang sangat baik dengan Anwar. India dan Malaysia akan terus bekerjasama untuk mempelbagaikan kerjasama dua hala,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×