KPM lanjutkan tempoh pengisian data murid sehingga 5 Disember

KPM lanjutkan tempoh pengisian data murid sehingga 5 Disember

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan tempoh pengisian data Pentaksiran Bilik Darjah (Pentaksiran Berterusan dan Ujian Akhir Sesi Akademik), SEGAK & BMI 5-9T dan j-QAF sehingga 5 Disember ini.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, keputusan dibuat selepas mengambil kira kesukaran yang dihadapi guru-guru berkait dengan penggunaan Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).

Katanya, pemantauan berterusan terhadap MOEIS melalui platform Application Performance Monitoring (APM) mendapati berlakunya kesesakan serta peningkatan jumlah akses pengguna terhadap Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu.

“KPM sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengoperasian MOEIS bagi membantu memudahkan tugas guru selain memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terpelihara.

“Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai MOEIS boleh dikemukakan menerusi talian hotline 03-8884 3736 atau menggunakan system ICT Service Desk (ISD) di pautan https://isd.moe.gov.my/,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN