PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan anggota tentera di Sabah sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kawalan keselamatan di negeri itu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Sabah berhadapan dengan pelbagai cabaran tradisional dan bukan tradisional yang perlu ditangani. “Kita (Kementerian Pertahanan) mahu secara maksimum tangani isu keselamatan di Sabah, perkukuh keselamatan, di samping kapal baharu kita yang akan sampai dalam masa setahun atau dua tahun ini.…









