Kabaddi sasar dua emas di Sukan SEA 2025

Kabaddi sasar dua emas di Sukan SEA 2025

M. PALANIANDY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad kabaddi negara meletakkan sasaran dua emas, dua perak dan dua gangsa dalam Sukan SEA Thailand hujung tahun ini di mana sukan itu buat julung kalinya dipertandingkan pada temasya tersebut.

Ketua jurulatih, M. Palaniandy berkata, bagi mencapai sasaran tersebut, persiapan telah dilakukan sejak April lalu dengan mengadakan latihan intensif di dalam dan luar negara.

“Kami bermula pada bulan April dan berlatih tiga bulan di KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan Pulau Pinang. Selepas itu, kami ke India sebulan setengah untuk kem intensif di Pondicherry dan Haryana.

“Kami berada lebih kurang tiga minggu di Pondicherry dan tiga minggu di Haryana. Setiap tempat ada ilmu dan kemahiran yang berbeza. Kami juga ada buat perlawanan persahabatan di sana. Ada perlawanan yang kami menang dan ada juga yang kalah. Itulah peluang untuk belajar,” ujarnya.

Palaniandy ditemui pemberita selepas sesi lawatan Timbalan Ketua Kontinjen ke Sukan SEA Thailand, Nazmizan Mohamad di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.

Palaniandy berkata, sasaran dua emas itu diletakkan pada acara Three Stars bagi kategori lelaki dan wanita.

“Kami sangat fokus untuk elak kecederaan. Pada saat-saat akhir ini, itulah yang paling kami jaga. Setakat ini semua pemain berada dalam keadaan baik, cuma kami terus kekalkan kecergasan mereka,” ujarnya.

Katanya lagi, Thailand menjadi pencabar utama negara dalam temasya itu selepas mereka menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam kejohanan di peringkat Asia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN