BUKIT MERTAJAM: Laluan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Mutiara dicadangkan disambung sehingga Seberang Perai supaya dapat memberi limpahan pembangunan kepada semua rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek itu wajar diperluas bagi memastikan pembangunan negeri seimbang dan dinikmati oleh semua. “Saya sebagai anak Pulau Pinang dan dibesarkan di Seberang Perai, saya tidak mahu projek itu ‘tersekat’ di situ sahaja (sekitar George Town). Jadi, saya yang mencadangkan supaya…










