KOTA KINABALU: Datuk Seri Hajiji Noor dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah malam ini.
Ia susulan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang menunjukkan hanya tinggal beberapa kerusi sahaja diperlukan bagi membentuk kerajaan negeri.
Mengikut kiraan tidak rasmi, GRS menguasai 29 kerusi, Pakatan Harapan (PH) peroleh satu kerusi, dengan gabungan beberapa calon Bebas yang menang, membolehkan kerajaan negeri dibentuk.-UTUSAN










