KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjaya menerbitkan Sukuk Dengan Jaminan Kerajaan bernilai RM3.72 bilion dan Pembiayaan Kredit Pusingan Islam dengan Jaminan Kerajaan (GGRC-i) berjumlah RM5.2 bilion setakat 30 September lalu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penerbitan itu menjadikan keseluruhan sukuk yang dikeluarkan mencecah RM8.92 bilion. Beliau berkata, tempoh matang bagi GGRC-i adalah pada Jun 2027. “Tumpuan utama FGV selepas dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada…










