Ejen pemain warisan Malaysia didedah FIFA

Ejen pemain warisan Malaysia didedah FIFA

TUJUH pemain warisan Harimau Malaya kekal digantung termasuk dari kiri, Holgado, Irazabal, Figueiredo dan Machuca.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ejen yang didakwa terlibat dalam kes pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya akhirnya didedahkan kepada umum, hari ini.

Pendedahan dua ejen itu dimaklumkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam laporan penuh 64 muka surat keputusan Jawatankuasa Rayuan badan induk bola sepak dunia itu.

Nama dua ejen berkenaan adalah Nicolas Puppo dan Frederico Moraes yang didakwa memalsukan dokumen tujuh pemain warisan negara.

Pada perenggan kesimpulan dan cadangan, laporan itu menyatakan nama dua ejen terbabit disebut dalam prosiding rayuan kes itu sebelum ini.

Berikutan itu, kedua–dua ejas itu berisiko berdepan siasatan daripada FIFA selepas badan induk itu mengarahkan sekretariat untuk memulakan siasatan terhadap operasi dalaman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN