Dyche desak perubahan VAR selepas gol kontroversi United

Dyche desak perubahan VAR selepas gol kontroversi United

Sean Dyche (kanan). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOTTINGHAM: Pengurus Nottingham Forest, Sean Dyche, mahukan perubahan kuasa kepada sistem Video Assistant Referee (VAR) selepas beliau merasakan jaringan pembukaan Manchester United tidak sah.

United mendahului perlawanan di Stadium City Ground menerusi jaringan Casemiro, namun gol itu mencetuskan kontroversi apabila Nicolo Savona didakwa gagal mengekalkan bola dalam permainan sebelum sepakan penjuru diambil.

Rakaman semula menunjukkan bola masih berada di atas garisan, menjadikan Forest menerima kesusahan dalam beberapa minggu berturut-turut akibat keputusan pengadil yang sukar.

Bagi Dyche, penggunaan VAR ketika ini, yang tidak campur tangan dalam situasi berkenaan, perlu diperbaiki.

“Sistem ini mesti diubah. Tidak perlu ambil masa tiga minit untuk semak perkara itu. Ia situasi yang sangat mudah. 

“Minggu lepas juga satu situasi yang sangat mudah, tetapi keputusan yang diambil salah dari segi fakta. Itu sepatutnya ambil lima saat sahaja,” katanya.

Beliau menekankan bahawa banyak yang dipertaruhkan dalam perlawanan seperti ini, dan semua pihak mahukan keputusan yang betul, termasuk para penyokong.

“Ia sekali lagi menentang kami dan kami hanya perlu teruskan sahaja, semudah itu. Dalam tiga perlawanan, dua minggu berturut-turut saya bercakap tentang pengadil dan keputusan. Ia sangat mengecewakan,” ujar Dyche.

Gol minit akhir Amad Diallo memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata hasil seri 2-2, namun gol pembukaan itu yang paling membangkitkan kemarahan Dyche.

“Saya memang tak faham langsung. Anda pengadil pembantu, jaraknya lebih 70 ela, ada gol dan jaring di hadapan, tapi kononnya anda boleh nampak? Saya pun ada pandangan lebih jelas, tapi posisi saya pun tak tepat.

“Jadi, itu memang salah dalam keadaan sekarang. Apa yang paling menjengkelkan saya dan saya peminat besar VAR  adalah mesti ada seseorang yang boleh membetulkan keputusan ini dengan cepat, cuma lima saat sahaja.

“Cakap sahaja ‘bola masih dalam permainan’. Ia dianggap keluar, Manchester United terus ambil sepakan penjuru dan menjaringkan gol. Dua minggu berturut-turut seperti ini.”

Dyche menegaskan bahawa situasi itu lebih penting daripada yang ramai sangka kerana bola dikatakan ‘cuma di garisan sahaja’.

“Bayangkan gol dijaringkan dan jam VAR berbunyi untuk pengadil. Bagaimana ia boleh dilihat dengan tepat dari jarak 70 hingga 80 ela, sedangkan jaraknya cuma kira-kira 1mm? Bagi saya, proses itu sepatutnya hanya mengambil lima saat. 

“Pengadil bercakap dengan orang, berjalan ke sana sini, membazir masa. Keputusan besar macam ini, VAR kena boleh betulkan dengan lima saat sahaja dan terus kata ‘salah, selesai’.

Dyche menyifatkan situasi itu sebagai amat mengecewakan terutamanya kerana ia berlaku dua minggu berturut-turut.

Beliau mengakui ia satu statistik yang luar biasa dan peluang berlakunya tipis namun hakikatnya memang telah terjadi.

“Dengan semua teknologi yang ada dan apa yang dipertaruhkan, terutamanya bagi Nottingham Forest selepas permulaan musim ini, itu momen besar. Tiba-tiba ia menentang kita, dan itu sangat mengecewakan padahal sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN