AS rampas dua kapal tangki dikaitkan dengan minyak Venezuela

AS rampas dua kapal tangki dikaitkan dengan minyak Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) memaklumkan merampas dua kapal tangki yang dikaitkan dengan eksport minyak Venezuela dalam operasi berturut-turut di Atlantik Utara dan Caribbean.

Pasukan AS menaiki kapal Marinera yang berbendera Russia selepas satu insiden kejar-mengejar hampir dua minggu ketika kapal itu belayar melalui perairan antara Iceland dan Scotland.

Tentera Laut Diraja United Kingdom (UK) memberikan sokongan logistik melalui udara dan laut.

Sebuah lagi kapal tangki, M/T Sophia dituduh oleh AS menjalankan aktiviti haram dan dinaiki di perairan Caribbean.

Tindakan itu berlaku ketika AS berusaha menyekat sebahagian besar eksport minyak mentah Venezuela dan hanya beberapa hari selepas pasukan khasnya menahan Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, dalam satu serbuan di kediamannya di Caracas.

”Sekatan terhadap minyak Venezuela yang dikenakan sekatan dan menyalahi undang-undang kekal BERKUAT KUASA SEPENUHNYA di mana-mana sahaja di dunia,” tulis Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth di platform X.

Moscow mengecam rampasan kapal tangki yang belayar di bawah benderanya itu, serta menuntut AS melayan warga Russia di atas kapal dengan sewajarnya dan membenarkan mereka pulang ke Moscow dengan segera.

Kementerian Pengangkutan Russia berkata, pihaknya memberikan kebenaran sementara kepada kapal berkenaan untuk menggunakan bendera Russia, sambil menegaskan tiada mana-mana negara berhak menggunakan kekerasan terhadap kapal yang didaftarkan dengan sah di bawah bidang kuasa negara lain.

Laporan turut mencadangkan Russia menghantar sebuah kapal selam bagi melindungi kapal tersebut, namun pasukan AS dilaporkan berjaya menaiki kapal tangki itu tanpa menghadapi sebarang tentangan.

Rumah Putih pula menyifatkan kapal itu sebagai kapal armada ‘bayangan’ Venezuela yang dianggap tidak bernegara selepas mengibarkan bendera palsu dan tertakluk kepada perintah kehakiman terhadapnya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×