De Ligt Selamatkan United Di Saat Akhir

De Ligt selamatkan United saat akhir

Pertahanan Manchester United, Matthijs de Ligt (tengah) meraikan jaringan lewat bersama rakan sepasukan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur, London, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Matthijs de Ligt muncul wira Manchester United apabila tandukannya pada masa kecederaan memastikan keputusan seri 2-2 menentang Tottenham dalam aksi dramatik Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini.

Tottenham hampir mencipta kemenangan mengejut selepas bangkit pada minit ke-91 menerusi jaringan Richarlison selepas Mathys Tel terlebih dahulu menyamakan kedudukan enam minit sebelum tamat.

Namun De Ligt memusnahkan pesta di Stadium Tottenham Hotspur apabila menanduk masuk gol penyamaan hasil sepakan penjuru Bruno Fernandes pada minit ke-96.

Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan mengumpul 18 mata selepas 11 perlawanan, dengan Spurs di tangga ketiga dan United di tangga ketujuh berdasarkan perbezaan jaringan.

Bryan Mbeumo terus membuktikan pembelian 65 juta pound (RM355 juta) berbaloi apabila meledak gol keempatnya musim ini hasil hantaran Amad Diallo pada minit ke-32.

United kelihatan selesa mengawal permainan tetapi Spurs yang dibimbing Thomas Frank menggandakan asakan di babak kedua selepas menerima kritikan hebat minggu lalu.

Masukan pemain gantian Destiny Udogie dan Tel mengubah rentak permainan apabila gandingan itu menghasilkan gol penyamaan sebelum Richarlison menambah jaringan dramatik.

Namun kealpaan pertahanan tuan rumah dihukum apabila De Ligt melonjak tinggi menanduk masuk gol penyelamat untuk mengekalkan rekod tanpa kalah United kepada lima perlawanan berturut-turut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN