Bintang badminton Taiwan, Tzu Ying umum persaraan

Bintang badminton Taiwan, Tzu Ying umum persaraan

Tai Tzu Ying. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Bintang badminton Taiwan dan pemenang pingat perak Olimpik, Tai Tzu Ying mengumumkan persaraannya hari ini dan menyifatkan era beliau telah berakhir namun berharap semangatnya terus hidup dalam kalangan peminat.

“Babak indah telah berakhir. Terima kasih, badminton, atas segala-galanya yang telah diberikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dilahirkan di bandar Kaohsiung, selatan Taiwan, Tzu Ying menghadapi kecederaan sejak tahun lalu dan tidak mampu kembali beraksi di pentas antarabangsa.

Juara tiga kali All England dan Kejohanan Asia itu mengimbau pengalaman tersingkir dari peringkat kumpulan Olimpik Paris tahun lalu, yang dianggapnya ‘masa paling sukar dalam kerjaya saya’.

“Sebelum Olimpik, saya tidak pasti kaki yang cedera mampu bersaing, tetapi saya berikan segalanya. Orang lain tidak berputus asa pada saya, jadi saya tidak boleh menyerah pada diri sendiri,” katanya.

Tzu Ying menjalani pembedahan dan proses pemulihan panjang bagi kedua-dua kaki, dan berterima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang tempoh itu.

Beliau berkata belum membuat keputusan untuk masa depan, namun kini mahu menikmati kehidupan tanpa jam loceng.

“Era TTY (Tai Tzu Ying) telah berakhir, tetapi saya berharap semangat TTY terus bersama anda,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN