Amaran hujan lebat berterusan sehingga Rabu

Amaran hujan lebat berterusan sehingga Rabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan melibatkan kawasan-kawasan tertentu di beberapa negeri antara 24 hingga 26 November.

Amaran hujan bahaya diramal berlaku sehingga 25 November di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang.

Turut terjejas di Perak ( Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) serta di Kelantan ( Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh). 

Manakala amaran buruk iaitu hujan lebat berterusan sehingga tempoh sama turut dikeluarkan di Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling).

Selain itu, turut terjejas di Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim),  Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) serta Sabak Bernam (Selangor).

Hujan berterusan (waspada) pula dijangka berlaku sehingga 24 November ini di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) dan Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak). 

Sementara itu, hujan berterusan juga dijangka berlaku sehingga 26 November di Gua Musang, Kelantan dan Kemaman, Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN