TAMPARULI: Lebih 1,000 penduduk bakal terjejas ekoran Jalan Kiwoi-Lingga-Bambangan di sini terpaksa ditutup kepada pengguna ekoran kejadian tanah runtuh dan pergerakan tanah bermula petang ini. Laluan itu penting kepada penduduk Kiwoi, Lingga, Togop, Bambangan Lama, Namadan dan Rangalau Lama yang kemungkinan terputus hubungan kerana ketiadaan jalan alternatif lain. Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran berkata, penutupan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini memandangkan berlaku pergerakan tanah di kawasan terbabit yang membahayakan keselamatan…










