Zaliha ketuai pasukan khas Kampung Baru, Sungai Baru

Zaliha ketuai pasukan khas Kampung Baru, Sungai Baru

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dilantik mengetuai pasukan petugas khas bagi memastikan kepentingan komuniti Melayu di Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru terus terpelihara.

Menurut Zaliha, pasukan itu ditubuhkan atas mandat Jemaah Menteri bagi menyelaras rundingan melibatkan pemaju, agensi kerajaan serta wakil komuniti setempat dalam usaha memperkasa semula pembangunan dua kawasan berkenaan.

Katanya, kerajaan juga memperkenalkan pendekatan baharu untuk meningkatkan kadar pemilikan Bumiputera di Kampung Sungai Baru menerusi empat langkah utama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertama, kerajaan menggalakkan penglibatan aktif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti UDA Holdings Berhad, selain turut mengadakan pertemuan dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi membincangkan potensi pembangunan semula kawasan Melayu strategik di ibu kota.

“Kedua, rumah ganti akan ditetapkan khusus untuk penduduk Melayu bagi mengekalkan kesinambungan sosio-budaya di kawasan bersejarah seperti Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru.

“Ketiga, pembangunan akan dipelbagaikan melalui pembinaan unit kondominium, SOHO, rumah kedai dan pejabat mampu milik Melayu bagi meningkatkan pemilikan hartanah warga bandar Melayu.

“Keempat, DBKL akan memantau pematuhan kuota Bumiputera di kawasan ini melalui laporan suku tahunan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat dasar di Dewan Negara, hari ini.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, masih terdapat kekeliruan dalam kalangan ahli Parlimen, khususnya dari blok pembangkang, mengenai perbezaan status antara Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru.

“Walaupun Kampung Sungai Baru terletak dalam kawasan Kampung Baru, namun statusnya berbeza kerana ia bukan tanah Malay Agricultural Settlement (MAS) dan tidak pernah diwartakan sebagai rizab Melayu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×