Langkah Soon Huat-Shevon tersekat di suku akhir

Terbuka Perancis: Langkah Soon Huat-Shevon tersekat di suku akhir

Goh Soon Huat-Shevon Lai hanya melepasi peringkat separuh akhir di Terbuka Malaysia dan India pada Januari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Langkah pasangan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai terhenti di suku akhir Terbuka Perancis selepas tewas kepada pilihan kedua dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, awal pagi tadi.

Pasangan No. 8 dunia itu memberikan tentangan sengit sebelum akur tewas 18-21 pada set pertama di Arena Glaz, Cesson-Sevigne.

Namun, rentak mereka gagal dipertahankan pada set kedua apabila pasangan suami isteri itu tunduk 16-21 dalam tempoh 43 minit permainan.

Kekalahan itu turut menyaksikan Soon Huat-Shevon masih buntu mencari kemenangan ke atas gandingan China tersebut selepas dua kekalahan terdahulu di Terbuka China dan All England musim lalu.

Yan Zhe-Dong Pin, yang kini berada di prestasi terbaik, meneruskan kemaraan ke separuh akhir untuk menentang pilihan keenam dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet esok.

Terdahulu, beregu Hong Kong itu mencipta kejutan apabila menyingkirkan juara dunia dari Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dalam dua set mudah 21-9, 21-18. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN