Tujuh kawasan di Semenanjung berada pada tahap gelombang haba

Tujuh kawasan di Semenanjung pada tahap dua gelombang haba

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tujuh kawasan di Semenanjung direkodkan berada pada Tahap 2 iaitu gelombang haba setakat pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan terlibat ialah Perlis; Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Sik dan Baling di Kedah serta Hulu Perak, Perak.

Berdasarkan kemas kini status cuaca panas sehingga pukul 6 pagi, sebanyak 13 kawasan lain di Semenanjung berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga).

Kawasan berkenaan ialah Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Kulim-Bandar Baharu di Kedah; Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang; Selama, Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah di Perak serta Jerantut, Pahang.

Status Tahap 2 atau gelombang haba ditetapkan apabila suhu maksimum harian berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Status Tahap 1 pula merujuk kepada suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN