KUALA LUMPUR: Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) kini meneliti cadangan pindaan terhadap Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486), khususnya membabitkan aspek pemberian pampasan, pengeluaran hak milik sambungan serta penambahbaikan prosedur rujukan kes ke mahkamah. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, usaha penambahbaikan itu memberi tumpuan kepada memastikan bayaran pampasan yang adil, pengambilan tanah demi kepentingan rakyat serta peluang sewajarnya bagi pemilik tanah membuat…










