KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merancang memperkenalkan taman bimbingan kanak-kanak (tabika) khas untuk kanak-kanak autisme bermula tahun depan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan bekerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi membangunkan modul kurikulum yang sesuai. Katanya, tabika berkenaan dijangka menjadi satu langkah transformasi penting, selepas pelaksanaan Tabika Kemas Pratahfiz sebelum ini. “Selain pengembangan Tabika Kemas Pratahfiz,…










