KUALA LUMPUR: Latar Siswa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima sumbangan berjumlah RM200,000 bagi membiayai sepenuhnya penaiktarafan kemudahan itu.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena majlis makan Malam Kilauan Mutiara FBMK yang dianjurkan sempena sambutan tiga dekad penubuhan fakulti itu.
“Saya menawarkan diri untuk membiayai sepenuhnya pembinaan tersebut sebanyak RM200,000,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan dekat sini, malam tadi.
Majlis berkenaan diadakan bagi tujuan mengutip dana dan sumbangan menaik taraf kemudahan di fakulti itu.
Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut mengumumkan sumbangan berjumlah RM100,000 sebagai tanda sokongan kepada Persatuan Alumni UPM yang berperanan mengukuhkan jaringan alumni universiti.
Anak beliau, Nurul turut berbesar hati menghulurkan sumbangan RM50,000 kepada Chapter Alumni FBMK sebagai dorongan kepada generasi muda agar menyumbang kembali kepada alma meter.










