IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Deepavali 2025 peringkat negeri yang diadakan dengan penuh meriah di Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini. Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim. Hadir sama,…










