Soon Huat-Shevon menang percuma, Sze Fei-Izzuddin tarik diri

Soon Huat-Shevon menang percuma, Sze Fei-Izzuddin tarik diri

Pasangan suami isteri itu sejak kebelakangan ini mengalami kemeruduman prestasi selepas sering ditunjuk jalan keluar di peringkat awal dan penampilan pada Terbuka Arctic mungkin boleh dijadikan sebagai suntikan semangat bagi mengembalikan keyakinan yang kian pudar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran No. 2 negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai tidak perlu mengeluarkan peluh untuk mara ke pusingan kedua, selepas Alexander Dunn-Julie Macphersonn dari Scotland menarik diri pada peringkat 32 terbaik Kejohanan Badminton Terbuka Arctic di Vantaa, Finland, hari ini.

Gandingan No. 8 dunia itu dijadual beraksi menentang beregu kurang ternama dari Itali/England, Innocenza Santoro-Karen Feng di pusingan seterusnya, Khamis ini.

Soon Huat-Shevon yang diletakkan sebagai pilihan kelima, sepatutnya tidak berdepan masalah untuk mencari slot ke suku akhir apabila bertemu Santoro-Karen yang turut diberi kemenangan percuma pada pusingan awal.

Pasangan suami isteri itu sejak kebelakangan ini mengalami kemeruduman prestasi selepas sering ditunjuk jalan keluar di peringkat awal dan penampilan pada Terbuka Arctic mungkin boleh dijadikan sebagai suntikan semangat bagi mengembalikan keyakinan yang kian pudar.

Bagaimanapun pada suku akhir, Soon Huat-Shevon dijangka bertembung dengan seteru lama iaitu beregu No.3 dunia, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand.

Rekod pertemuan 3-5 tidak berpihak kepada wakil Malaysia itu, tetapi, tiada yang mustahil buat Soon Huat-Shevon untuk memburu kemenangan jika beraksi baik dan kurang melakukan kesilapan.

Sementara itu, beregu lelaki No. 3 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menarik diri daripada Terbuka Arctic dan keputusan itu menyaksikan mereka tidak mempertahankan gelaran yang dimenangi, tahun lalu.

Sze Fei-Izzuddin tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung keputusan mereka menarik diri daripada kejohanan berstatus Super 500 itu dan kelibat terakhir beregu tersebut dapat dilihat di Jakarta, Indonesia selepas menyertai Kejohanan Jemputan Badminton-XL, minggu lepas.

Tanpa beregu No. 2 negara itu, perjuangan Malaysia dalam kategori berkenaan diteruskan pasangan No. 2 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan pertama dan turut diiringi Arif Junaidi–Yap Roy King serta Choong Hon Jian–Haikal Nazri.

Beregu No. 8 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula terpaksa menarik diri ekoran kecederaan otot yang menimpa Kai Wun.

Ketua jurulatih beregu lelaki, Herry Iman Pierngadi berkata, Kai Wun memerlukan masa sekurang-kurang dua minggu untuk pulih dan ini bermakna beregu itu turut menarik diri daripada Terbuka Denmark yang berlangsung minggu depan di Odense. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN