Senarai akhir atlet olahraga umum November ini

Senarai akhir atlet olahraga umum November ini

NURHAYATI KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Senarai akhir atlet olahraga negara yang akan membawa cabaran ke Sukan SEA 2025 Thailand bakal diumum pada minggu pertama November ini selepas Olahraga Malaysia (MA) mengadakan mesyuarat terakhir bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Setiausaha Agung Olahraga Malaysia (MA), Nurhayati Karim berkata pihaknya masih dalam proses menilai dan menyaring senarai pendek sebelum diserahkan kepada MOM untuk pengesahan.

“Memang ada senarai pendek, tetapi pengumuman hanya akan dibuat selepas senarai itu dimuktamadkan. Saya difahamkan akan ada satu mesyuarat akhir bersama MOM pada minggu pertama November untuk memuktamadkan kontinjen,” katanya.

Nurhayati menjelaskan tempoh masa lama diambil oleh badan induk itu untuk membuat senarai akhir atlet ke Sukan SEA 2025 berikutan penilaian terhadap beberapa kriteria dilakukan.

“Ada prosedur yang kita kena faham. Dalam Sukan SEA ada dua kategori iaitu kategori A dan B. Semua penyertaan badan sukan kebangsaan bagi kepada MOM dan kita ada buat perbincangan serta tapisan terhadap kesediaan pasukan.

“Kita kena buat pemeriksaan perubatan dan periksa kesediaan untuk atlet boleh keluar atau tidak dan apabila sudah memuktamadkannya maka kita bersedia untuk umumkan. Kalau tak muktamad tak guna kita umum, nanti ada perubahan lain ceritanya,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada atlet lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly bertanding di Sukan SEA 2025 atau sebaliknya, Nurhayati berkata perkara itu di luar bidang kuasa MA.

“Itu kena tanya MOM, bukan bidang kuasa MA. Beliau berada di bawah (kategori) para. Saya ada dengar perkara itu (Latif ingin bertanding di Sukan SEA 2025) tapi tiada sebarang keputusan muktamad mengenainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN