PETALING JAYA: Sekolah sepatutnya menjadi tempat untuk pembelajaran, perkembangan diri dan persahabatan. Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo berkata, kejadian tragik itu amat mengejutkan dan tidak sepatutnya berlaku di mana-mana institusi pendidikan yang seharusnya menjadi tempat selamat bagi proses pembelajaran dan pembentukan sahsiah pelajar. Bagaimanapun katanya, ruang harus diberikan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung insiden tikaman maut melibatkan seorang pelajar perempuan semalam. Gobind yang juga Menteri Digital berkata,…