KUCHING: Sarawak sudah menerima kelulusan bersyarat daripada Energy Market Authority (EMA), Singapura untuk mengeksport satu gigawatt tenaga boleh diperbaharui ke wilayah tersebut. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek itu akan memasuki fasa pelaksanaan dengan rancangan membangunkan sambungan penghantaran tenaga yang selamat bagi menghubungkan grid tenaga dan pelabuhan antara Sarawak dan Singapura. “Bagi Singapura, langkah ini akan meningkatkan keselamatan tenaga manakala bagi Sarawak, ia akan…










